RM2.1 juta naik taraf, baik pulih jalan sekitar Dun Bukit Tengah

RM2.1 juta naik taraf, baik pulih jalan sekitar Dun Bukit Tengah

Sebagai sebuah kerajaan yang peduli dan prihatin terhadap segala permasalahan rakyat, sebanyak RM2.1 juta telah pun diluluskan bagi menaik taraf jalan di sekitar Dun Bukit Tengah

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung, berkata, jalan-jalan tersebut telah pun dikenal pasti bagi memberi keselesaan kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.

Antara kawasan dan jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Perindustrian Bukit Minyak 1 sebanyak RM300 ribu.

Manakala itu ujarnya, bagi Jalan Chiang Heng Kai pula jumlah yang telah diperuntukkan adalah sebanyak RM400 ribu.

“Sejumlah RM300 ribu lagi turut diperuntukkan bagi Jalan Pinang, Taman Mangga.

“Begitu juga dengan Taman Inderawasih yang turut diperuntukkan sebanyak RM200 ribu.

“Untuk Taman Kerjasama pula sejumlah RM250 ribu dan Taman Pelangi sebanyak RM350 ribu disediakan bagi pelaksanaan menaik taraf jalan-jalan tersebut, ” tegasnya.

Tambah Gooi lagi, kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Mei sehinggalah September tahun ini.

Walau bagaimana pun katanya, sejumlah RM300 ribu lagi akan disediakan bagi kegunaan kecemasan serta kerja-kerja penyelenggaraan longkang bagi memberi keselesaan kepada penduduk sekitar.