Malaysia Dateline

RM2.4 billion subsidi air diberi kepada Singapura, kata- Saifuddin

Malaysia telah memberi subsidi air kepada Singapura berjumlah RM2.4 billion sejak Perjanjian Air 1962 dimeterai pada tahun berkenaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata jumlah pemberian subsidi itu melibatkan kadar minimum sebanyak RM42 juta setahun dan kira-kira RM100,000 sehari.

Saifuddin berkata kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan dengan lebih terperinci mengapa negara menjual air kepada Singapura dengan kadar yang murah namun membelinya dengan kadar yang mahal.- BERNAMA