Malaysia Dateline

RM2.5b tanpa cagaran: Mana pejuang Melayu-Isle, tiba-tiba mereka jadi pekak, bisu?

Isu pinjaman syarikat judi tanpa cagaran yang menjejaskan KWSP, PNB dan KWAP bukan lagi fitnah tetapi satu skandal memalukan dengan nilai dana sebesar 1MDB iaitu RM2.6 bilion.

Bagaimanapun timbul persoalan bagaimana amalan memberi pinjaman tidak mewajibkan cagaran sebagai kolateral dengan nilai pinjaman RM2.5 bilion dibenarkan.

Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata amalan ini bercanggah dengan prosedur pinjaman yang mendedahkan bahaya kepentingan pemegang taruh dari KWSP, PNB dan KWAP yang dimiliki kerajaan.

“Siapakah yang bertanggungjawab sehingga amalan tanpa cagaran ini membawa risiko besar kepada dana kepentingan negara yang sepatutnya diperlukan pada fasa pemulihan yang sedang dilalui negara.

“Mereka perlu dipertanggungjawabkan di hadapan sebuah Inkuiri Siasatan Bebas Diraja demi mengembalikan kepercayaan institusi perbankan kepada orang ramai dan demi kepentingan dana awam yang diamanahkan,” kata beliau dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga berkakta, Rakyat Malaysia khususnya pengundi Johor sepatutnya menjadikan kes ini sebagai iktibar dan menerima kenyataan bahawa Kerajaan Melayu-Islam Tanpa Mandat yang terbentuk atas pengkhianatan politik membawa semua bala ini.

Mujahid juga berkata, kerajaan BN ditolak kerana soal integriti dan hari ini mereka kembali tanpa mandat bersekongkol dengan para pengkhianat atas kewajaran perkauman agama yang sempit.

“Sememangnya pengkhianatan membawa bala demi bala kepada negara, hentikan rantaian dengan menolak parti perosak negara, para pengkhianat serta para penunggang agama.

“Mana suara para pejuang Melayu-Isle? Beranikah mereka sama-sama menuntut satu Suruhanjaya Bebas?

“‚Ķtiba-tiba mereka jadi pekak, bisu dan buta-tuli serta tidak berakal!”soalnya.

Beliau turut mempersoalkan di manakah Pematuhan Syariah dalam pelaburan KWSP, PNB dan KWAP sedangkan dana ini dipinjamkan kepada syarikat judi yang jelas bertentangan dengan piawaian pematuhan syariah.

Memburukkan lagi katanya, pinjaman tanpa cagaran juga tidak mematuhi kehendak syariah kerana amalan ini tidak menjaga kemaslahatan kedua belah pihak serta menjejaskan kepentingan dana awam.

“Kepatuhan Syariah dalam pelaburan bukan sekadar retorik tetapi perlu menjadi rujukan asas demi memelihara kesejahteraan masyarakat.

“Kerajaan Melayu-Isle dituntut membuat penjelasan bilakah diluluskan dan adakah benar Menteri Kewangan hari ini adalah pihak yang bertanggungjawab mengepalai projek pinjaman ini atas nama pulangan beruntung pelaburan.

“Menteri Kewangan hari ini perlu meletak jawatan sehingga sisasatan bebas dilakukan kerana jika tidak, Menteri Kewangan hari ini punya kepentingan bercanggah dan beliau berpotensi salahguna kedudukannya untuk menutup kes,” ujarnya lagi.

Semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan secara bermandat, fitnah pembohongan ke atas Tabung Haji (TH) dicanang sebagai kempen keji kononnya kami tidak memelihara kepentingan Islam walaupun terbukti kami berjaya pulihkan TH yang dirosakkan oleh BN sebelumnya.

KWSP, PNB dan KWAP adalah dari dana awam kerajaan berstatus Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mempunyai kepentingan rakyat.

GLC ini adalah pemegang taruh utama dalam skandal yang dikaitkan dengan pinjaman RM2.5 bilion tanpa cagaran kepada Syarikat Judi Genting HK milik rakyat Malaysia di mana otiga bank yang bertanggungjawab adalah Maybank, RHB dan CIMB.

Di atas kepentingan awam rakyat perlu penjelasan dari Kerajaan Melayu-Isle kenapa episod malang ini boleh berlaku.