RM2.77 bilion disalurkan untuk TEKUN Nasional

RM2.77 bilion disalurkan untuk TEKUN Nasional

Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM2.77 bilion kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) yang memanfaatkan 175,445 usahawan bagi tempoh 2013 hingga 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata sebanyak RM2.07 bilion pula telah dibayar balik oleh peminjam bagi tempoh 2014 hingga 2018.

— BERNAMA