Malaysia Dateline

RM200,000 bukan sabun menyucikan fitnah

Fitnah dan difitnah adalah asam garam kepada orang politik. Yang sering berlaku ialah mereka difitnah dengan tuduhan yang ada kalanya tidak tersaul dek akal.

Tujuan mereka difitnah adalah untuk memburukkan imej dan peribadi seseorang peribadi itu.

Fitnah ini datang tanpa arah dan dari sesiapa sahaja yang berada dalam jelumu politik. Termasuk dari orang berada dalam parti membenci fitnah sendiri. Sakit dan parahnya difitnah hanya Allah sahaja yang tahu.

Yang dikena difitnah akan menanggung seksanya sehingga datang kebenaran. Ada kalanya kebenaran itu tidak kunjung padam sehingga orang yang difitnah itu menutup kedua belah matanya.

Fitnah yang dilemparkan ke atas Husam kononnya menerima wang daripada DAP sungguh tidak berhati perut dan keji.

Hakikat dan penderitaan difitnah dirasai oleh tokoh politik yang diimpikan oleh rakyat Kelantan untuk memimpin negeri itu, Husam Musa. Bukan sedikit dan sekali dia difitnah, acap kali.

Kadang fitnah terhadapnya terjawab dengan sendiri, kadang menunggu masa lama untuk dirinya dibersihkan.

Misalnya, fitnah yang dilemparkan ke atasnya sebagai pemimpin AMANAH Kelantan sebelum ini konon menerima wang daripada DAP sesuatu yang sungguh tidak berhati perut dan keji.

Apa lagi yang melempar fitnah itu seorang yang bukan buta huruf dan dari parti yang menjual syurga siang dan malam.

Demi membersihkan dirinya, Husam terpaksa menggunakan saluran undang-undang menyaman yang menabur fitnah menerusi Facebook itu setelah amaran secara baik tidak diendahkan. Perbicaraan berjalan lebih setahun.

Hari ini mungkin Husam dapat release kepedihan tuduhan jahat itu apabila mahkamah telah memerintahkan orang memfitnahnya membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 bersama lain-lain kos.

Bayaran itu bukan harga sabun membersih dirinya, kerana noda yang tertimpa kepada Husam akibat difitnah itu tidak semua dapat disucikan.

Tetapi setidak-tidaknya hukuman dapat dirasakan Husam, fitnah ke atasnya terjawab dan hukuman itu menginsafkan semua pihak dan menjadi pengajaran.

Dalam isu ini, bukan wang pampasan diterimanya tetapi keputusan menurut undang-undang membuktikan tuduhan itu fitnah, itu adalah yang mustahak.

Dan paling afdalnya orang yang membuat fitnah itu menghulur salam permohan maaf kepada Husam.