RM33.23 bilon pelaburan baharu di Iskandar Malaysia

RM33.23 bilon pelaburan baharu di Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia menarik pelaburan baharu sebanyak RM32.23 bilion pada tahun lalu, kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

Dengan pelaburan baharu itu, katanya, Iskandar Malaysia mencatatkan RM285.34 bilion dalam jumlah pelaburan komited terkumpul dari 2006 hingga 31 Disember 2018.

“Daripada jumlah pelaburan komited terkumpul itu, pelabur tempatan menyumbang sebanyak RM177 bilion atau 62 peratus manakala baki RM108 bilion (38 peratus) disumbang oleh pelabur asing,” katanya berucap dalam sambutan ulangtahun pertama IskandarSpace di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd. (IIB), Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad.

Ismail berkata, enam sektor perkhidmatan iaitu pelancongan, pendidikan, kewangan, kesihatan, kreatif dan logistik merekodkan pertumbuhan 16 peratus dari 2017 hingga 2018.

“Pada tahun lalu sahaja, pelancongan mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM1.94 bilion dan pendidikan (RM940 juta),” katanya seprti dilapor utusanonline.

Beliau berkata, dengan jumlah dua sektor yang direkodkan itu mampu menarik minat usahawan terutama golongan muda untuk memulakan perniagaan mereka di Iskandar Malaysia.