RM3juta selenggara kapal Equanimity sepatutnya bayar elaun peneroka dan nelayan, kata Nasrudin

RM3juta selenggara kapal Equanimity sepatutnya bayar elaun peneroka dan nelayan, kata Nasrudin

Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan hari ini menyelar tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelenggara kos kapal layar mewah yang didakwa dimilik peribadi Jho Taek Low membabitkan wang rakyat RM3juta sebulan.

Beliau berkata, wang rakyat tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk menyelenggara kapal mewah The Equanimity.

” Kapal tersebut belum diketahui siapa pemilik sebenarnya dan akan ambil masa 6 bulan untuk menentukan kepemilikannya.

“Mengapa tiba-tiba ‘peguam 1MDB’ pula berkata, kerajaan akan menanggung kira-kira RM3juta sebulan untuk menyelenggara kapal tersebut?,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pada Selasa, kenyataan peguam Jeremy Joseph yang berkata, kos penyelenggaraan kapal layar mewah Equanimity dianggarkan berjumlah RM3juta sebulan.

Buat masa sekarang kerajaan akan menanggung semua kos penyelenggaraan kapal mewah tersebut.

Menurut Nasrudin lagi telah berlaku percanggahan pendapat antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Haron mengenai pemilikan ‘The Equanimity’ itu.

” Tan Sri Mohamad Fuzi menjelaskan pada 7hb Mac 2018 bahawa kapal layar mewah The Equanimity didakwa milik peribadi taikun Jho Low dan tiada kaitan dengan siasatan 1MDB.

Sedangkan kerajaan PH selama ini katanya sangat perihatin terhadap isu 1MDB kerana dipercayai telah mengorbankan dana kerajaan yang juga merupakan wang rakyat.

“Kenyataan KPN adalah respon terhadap tindakan melucut hak sivil yang dilakukan oleh DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) terhadap Jho Low. Mahkamah di Indonesia juga telah mengarahkan agar The Equanimity yang berada di Bali dipulangkan kepada pemilik sebenar kerana telah disita secara salah.

“Walau bagaimanapun, YAB Perdana Menteri bercanggah pendapat dan menganggap kapal tersebut dibeli dengan menggunakan duit 1MDB. Lebih pelik lagi, Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) pula merancang untuk menjual The Equanimity pada harga tertinggi sehingga AS$250 uta (RM 1 bilion).

“Jadi, mengapa sekarang perlu libatkan wang rakyat untuk menanggung kos penyelenggaraan kapal itu?

“Lebih baik duit tersebut digunakan untuk *membiayai elaun sara hidup nelayan dan peneroka Felda,” tegasnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS