Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
RM4.3 juta naik taraf Stadium Darul Aman

RM4.3 juta naik taraf Stadium Darul Aman

Oleh MOHD ALI HASHIMJanuary 5, 2020 10:21 am




Zamri (kiri) ketika meninjau kerja-kerja penyelenggaraan di Stadium Darul Aman, Kedah.

Kerja-kerja menaik taraf segala prasarana utama Stadium Darulaman yang menelan kos sebanyak RM4.3 juta dijangka siap sebelum akhir bulan ini.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air dan Sumber Air, Datuk Ir Zamri Yusuf.

Jelasnya lagi, kerja menaik taraf tersebut telah pun dimulakan pada 10 November yang lalu dan dijangka dapat disiapkan sebelum akhir Januari ini.

“Tinjauan yang dibuat mendapati kemajuan kerja-kerja tersebut telah pun mencapai tahap lebih 60 peratus.

“Tarikh siap kerja yang telah ditetapkan pada 18 Januari 2020 dengan tempoh pelaksanaan kerja-kerja tersebut selama 10 minggu.

“Dengan siapnya kerja-kerja menaik taraf tersebut ia akan memberi peluang kepada persediaan awal sebelum Lang Merah memulakan aksi pertama musim ini dengan Lang Merah menentang Kelab dari Hong Kong pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia(ACL),” katanya.

Menurut Zamri, skop kerja merangkumi tiga aspek penting iaitu bangunan, elektrikal dan juga mekanikal.

Malah katanya antara kerja-kerja yang telah dilaksanakan adalah mengecat, menyelenggara ruang pengawasan polis, bilik kamera litar tertutup, pagar keselamatan serta pembaikan-pembaikan kecil.

Selain itu tambah beliau, bagi kerja-kerja elektrikal antara perkara yang dilaksanakan ialah penyelenggaraan ‘score board’, CCTV, lampu limpah dibumbung tempat duduk utama, baik pulih papan suis utama, pendawaian dan pemasangan lampu ‘downlight’ termasuk kerja-kerja mekanikal yang lain.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production