Malaysia Dateline

RM407,300 diluluskan baiki lif di kuarters Desa Setia Wira

Kementerian Pertahanan meluluskan peruntukan sebanyak RM407,300 untuk membaiki lif di kuarters Desa Setia Wira.

Menteri Mohamad Sabu berkata, pihaknya telah saya telah melakukan lawatan mengejut ke kuarters Desa Setia Wira pada 4 September 2018 dan mendapati 16 daripada 27 buah lif di blok penginapan tersebut rosak.

“Saya difahamkan keadaan lebih sukar apabila berlaku masalah bekalan air yang memaksa mereka mengangkut air menggunakan tangga,” katanya.

Ekoran itu, beliau yang memahami kesukaran yang dihadapi oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga yang menghuni di situ bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan tersebut bagi menampung kos pembaikan lapan buah lif bagi tahun 2018 manakala lapan buah lagi akan menggunakan peruntukan sedia ada.

“Saya dan pihak kementerian akan cuba memastikan kebajikan setiap warga ATM dan Kementerian Pertahanan diutamakan walaupun dalam keadaan kekangan kewangan yang terhad,” katanya dalam satu kenyataan.