RM50,000 baiki sekolah KAFA di Kota Raja

Oleh ARIF ATAN

Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu telah menyampaikan sumbangan cek sebanyak RM50,000 kepada pihak pengurusan Sekolah Kafa As Sufla di Kampung Bukit Lanchong semalam.

Beliau yang juga Presiden AMANAH dan bekas Menteri Pertahanan itu memberitahu demikian menerusi Facebook rasminya.

Menurutnya, sumbangan peruntukan itu bagi memperbaiki sebahagian bangunan sekolah yang rosak dilanda banjir tempoh hari.

“Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat memberi kemudahan dan keselesaan buat anak-anak kita menuntut ilmu,” tambahnya lagi.

Mohamad meninjau suasana kelas KAFA semalam.