RM50juta tidak cukup, perlukan mekanisme bersasar agih peruntukan Sekolah Tahfiz

RM50juta tidak cukup, perlukan mekanisme bersasar agih peruntukan Sekolah Tahfiz

Usstaz Manolito Ahmad Dahlan

Belanjawan 2019 yang diperuntukkan sebanyak RM50juta kepada Sekolah Tahfiz tidak memberi banyak kesan kepada institusi Tahfiz di negara ini, jika dibandingkan dengan peningkatan jumlah maahad Tahfiz sebanyak 1,347 buah pada 2018 dan dijangka akan mencapai 1,400 pada 2019, kata Persatuan Permata Al-Quran (Permata)

Pengerusinya Ustaz Manolito Ahmad Dahlan berkata, mengikut nisbah secara purata daripada RM50 juta itu setiap maahad akan memperolehi RM37,119 sahaja.

Justeru katanya Permata mengharapkan kerajaan memperkenalkan beberapa mekanisma agar agihan belanjawan secara bersasar dilaksanakan iaitu memberi keutamaan kepada maahad tahfiz berdaftar.

“Agihan belanjawan RM50 juta perlu di buat tambahan belanjawan seperti tahun 2018 pihak kerajaan telah menambah RM70 juta untuk menaiktaraf pendawaian dan keselamatan (RM30 juta untuk maahad tidak berdaftar dan RM40juta yang berdaftar)

“Peningkatan belanjawan syiar Islam dari RM1.1 bilion tahun 2018 kepada RM1.2 billion tahun 2019 ,” ujarnya.

Beliau juga berkata dalam Belanjawan 2019 ini diharapkan ada belanjawan yang diperuntukkan untuk maahad tahfiz terutama dari segi latihan perguruan, penajaan pembelajaran, bantuan berkapita dan penganugerahan.

Katanya peruntukan diperuntukan kepada kepada sekolah mubaligh RM50 juta , SJKTamil RM50juta, sedangkan bilangan dua sekolah tersebut adalah sedikit berbanding dengan maahad tahfiz.

“Harapan agar pihak kerajaan terutama menteri Agama dan Jakim dapat membuat membantu maahad secara berfokus seperti mengiktaraf bangunan, latihn perguruan atau memberi bantuan perkapita kepada maahad-maahad tahfiz.

“Di samping memperkasakan pelajar dengan kemahiran ( TVet) sebagai nilai tambah kemahiran kepada lepasan maahad tahfiz kerana kini telah wujud tahfiz tvet, tahfiz agriculture, tahfiz aero angkasa dan sebagainya,” ujarnya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat lepas, kerajaan memperuntukan RM1.2bilion untuk urusan hal ehwal Islam. Daripada jumlah itu sebanyak RM150 juta bagi pelbagai program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif Khairah Ummah untuk melahirkan lebih ramai profesional dari kalangan huffaz serta modul pembelajaran agama menggunakan braille.

Manakala peruntukan sekolah tahfiz dan pondok sejumlah RM75juta diberikan melalui Kementerian Pendidikan iaitu sekolah tahfiz sebanyak RM50 juta dan sekolah pondok yang berdaftar RM25 juta.