Rohingya: Hasrat Kementerian Pertahanan ke Cox’s Bazar bukti keperihatinan kerajaan, kata Serantau Muslim

Rohingya: Hasrat Kementerian Pertahanan ke Cox’s Bazar bukti keperihatinan kerajaan, kata Serantau Muslim

Mohd Hakim Mohd Nor

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) memuji hasrat Kementerian Pertahanan untuk membantu pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh pada Julai depan.

Pengurus Besar Serantau Muslim Mohd Hakim Mohd Nor berkata, pihaknya melihat usaha murni dilakukan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu itu merupakan bukti keperihatinan kerajaan Malaysia terhadap mereka yang memerlukan.

“Serantau Muslim melihat usaha murni pihak Kementerian Pertahanan sangat wajar dilakukan bagi menyantuni dan membantu pelarian Rohingya agar mereka dapat meneruskan kehidupan seharian mereka seadanya.

“Dalam masa yang sama Serantau Muslim berharap agar orang ramai boleh bersama-sama kerajaan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar.

“Keadaan cuaca di sana masih tidak menentu dan sehingga hari ini hujan lebat dan ribut petir masih berterusan. Didoakan pelarian Rohingya berada dalam keadaan selamat,” ujarnya dalam kenyataan.

Mohamad pada Ahad dilaporkan berkata,Kementerian Pertahanan akan melawat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh awal Julai depan.

Menurut Mohamad pihaknya akan membawa kemudahan logistik termasuk bantuan perubatan, khemah, serta bahan makanan dengan menggunakan pesawat tentera yang berkapasiti kargo yang luas dan boleh memuatkan pelbagai bantuan yang ingin disalurkan kepada kem pelarian Rohingya tersebut.

Mohd Hakim menambah, pihak juga tidak mahu mengajak orang ramai bersama-sama membantu saudara Islam Rohingya di sana melalui kempen khas buat etnik Rohingya yang dikendalikan Serantau Muslim iaitu di www.untukmurohingya.com.

“Serantau Muslim menyeru semua umat Islam agar sentiasa bersatu padu agar keselamatan umat Islam di seluruh dunia terpelihara,” ujarnya lagi.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote