Rokok elektronik, vape dibawah Akta Kawalan Tembakau tindakan terkebelakang KKM

Rokok elektronik, vape dibawah Akta Kawalan Tembakau tindakan terkebelakang KKM

Dewan Perniagaan Vape Malaysia menolak cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meletakkan vape dan rokok eletronik dibawah Akta Kawalan Tembakau.

Presidennya  Syed Azaudin Al Hadad berkata, alasan Menteri Kesihatan untuk menjadikan persekitaran lebih sihat dengan meletakkan vape dan rokok eletronik dibawah Akta Kawalan Tembakau dilihat sebagai tindakan terkebelakang berbanding negara-negara maju yang mengesyorkan penggunaan vape dan rokok eletronik sebagai alternatif kepada rokok konvensional.

“Di UK sebagai contoh, Public Health England (2018) mempertahankan bahawa vape adalah 95% lebih selamat berbanding rokok. (Rujuk pautan 1 dan pautan 2)

“Sebelum ini, lesen penjualan rokok elektronik dan vape terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), manakala kandungan nikotin dalam rokok terbabit pula di bawah kementerian kesihatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan rasional meletakkan rokok eletronik dan vape dibawah Akta Tembakau atas dasar tidak semua produk vape mahupun rokok eletronik, ujarnya menggunakan nikotin.

“Kerajaan seharusnya fokus untuk menjadikan penggunaan rokok eletronik dan vape di Malaysia lebih selamat selain memperincikan kawal selia penggunaannya.

“Usaha kearah menjadikan vape dan rokok eletronik industri lebih mapan penting kerana industri ini pernah benilai lebih RM1.5 billion pada 2015”.

“Walaubagaimanapun, meletakkan rokok dan vape dibawah Akta Kawalan Tembakau akan mencerminkan kurang kefahaman berkaitan vape dan rokok eletronik di Malaysia kepada dunia”, tambah beliau lagi.

Katanya lagi, terung, tomato dan kentang turut mengandungi Nikotin walaupun dengan kadar sangat rendah. Adakah Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan untuk meletakkan tomato, kentang dan terung dibawah Akta Tembakau?, soalnya.

Semalam Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, kementerian sedang merangka Akta Kawalan Tembakau yang menrangkumi kawasan pengunaan produk tembakau termasuk rokok elektronik dan vape.

Akta itu turut meliputi bidang penguatkuasaan, penjualan, undang-undang dan hukuman.

Sebelum ini, penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin tertakluk di bawah Akta Racun 1952.