Malaysia Dateline

Rokok, power bank tak boleh bawa masuk stadium ke? Lelaki ini dah jawab soalan peminat bola sepak

Nampaknya bukan sedikit peminat bola sepak tidak mengetahui rokok dan power bank antara barangan yang dilarang dibawa masuk ke stadium.

TikTokers @wanpaksu berkongsikan video pendek merakamkan sejumlah barangan yang dirampas di pintu masuk stadium.

Menerusi rakaman itu, dikatakan mereka terbabit merupakan penyokong Terengganu.

Kelihatan banyak rokok seludup dikumpulkan di atas meja selain payung, botol minuman dan kuaci.

Selain barangan tersebut, semakan Malaysia Dateline mendapati barangan lain yang tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam stadium ialah mercun, objek tajam, bunga api, suar, pemetik api, payung, tongkat dan topi keledar.

Baca juga Tak perlu ke luar negara mencari ‘alam kayangan’, negeri ini paling banyak tempat cantik yang rakyat Malaysia sendiri ramai tak sangka

Baca juga Dah tak kenal orang sangat, Pak Lah hidap demensia