Rombongan pemimpin AMANAH kunjungi Anwar malam tadi

Rombongan pemimpin kanan AMANAH berdialog dan beramah mesra dengan Anwar dan isteri malam tadi.

Pemimpin AMANAH membuat kunjungan hormat kepada Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi di rumahnya dekat Bukit Segambut.

Rombongan itu diketuai Penasihat Umum, Ustaz Ahmad Awang dan disertai oleh ramai pemimpin utama kecuali presiden dan timbalan presiden AMANAH yang kebetulan mempunyai acara yang lain.

Turut bersama Anwar ketika majlis ramah mesra itu adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail.

Rombongan AMANAH bergerak dari Wisma Amanah yang terletak di Selayang ke rumah Anwar sebaik sahaja selesai menunaikan solat Terawih secara berjamaah di situ.

Antara yang hadir adalah Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan Menteri Kesihatan yang dinamakan, Dr Dzulkefly Ahmad di samping pemimpin kanan AMANAH yang lain.

Dr Dzulkefly dan Ketua Wanita AMANAH (Awan), Dr Mariah Mahmud berada di rumah Anwar sejak malam pertama Anwar memasuki rumahnya.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu telah bersama Anwar dalam program pertama Anwar di Padang Timor, Petaling Jaya pada sebelah malam selepas Anwar dibebaskan.

9.0
OVERALL SCORE
: 10.0
4 user votes x 8.8
CATEGORIES
TAGS