Rompak mangkuk tandas dalam masa 5 minit, ramai terkejut bila tahu harga sebenar cecah 15 juta!

Oleh MALAYSIADATELINE

Mesti rasa tak logik kenapa ada sanggup nak curi mangkuk tandas, tempat yang digunakan untuk buang air besar dan air kecil.

Namun di luar negara ada yang sanggup berkomplot untuk rompak tandas dalam kejadian lebih kurang enam tahun lepas.

Bukan tandas biasa tapi kumpulan perompak ini mencuri mangkuk tandas emas bernilai 2.8 juta pound sterling (lebih kurang RM15.6 juta).

Tandas tersebut ditempatkan di ruang pameran seni dekat sebuah rumah ladang Inggeris, London lapor AFP.

Hanya mengambil masa lima minit untuk dirompak, mangkuk tandas bersalut emas 18 karat itu berfungsi sepenuhnya dan digelar ‘America’.

Mangkuk tandas itu dilaporkan dicuri lima tahun lalu dari Istana Blenheim di Woodstock, berhampiran Oxford.

Ia adalah salah satu tarikan bintang pameran oleh artis Itali Maurizio Cattelan di rumah megah abad ke-18.

Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa prosiding di sebuah mahkamah baru-baru ini bagaimanapun tiga defendan mengaku tidak bersalah pada Januari lalu.

Manakala defendan keempat, James Sheen, sebelum ini mengaku bersalah atas kesalahan pecah rumah.

Pendakwa raya Julian Christopher memaklumkan Mahkamah Oxford Crown di selatan England bahawa rompakan itu hanya mengambil masa lima minit.

Lebih mengejutkan objek yang digunakan utnuk rompakan tersebut, tukul besi ditinggalkan di tempat kejadian.

“Emas itu bernilai dalam lingkungan 2.8 juta Pound Sterling (kira-kira RM15.6 juta) ketika itu, dan diinsuranskan dengan jumlah AS $ 6 juta (kira-kira RM26.5 juta).

“Kerja seni tidak pernah dipulihkan. Emas (itu) nampaknya dipecahkan kepada bahagian-bahagian lebih kecil dan tidak pernah ditemukan semula,” katanya.

Baca juga: Tular video budak tercekik kambing bakar terselamat, ramai setuju teknik tekanan abdomen ini dipelajari