Malaysia Dateline

Minyak naik

RON 97 dan RON 95 naik 8 sen, diesel naik 10 sen

Harga runcit petrol RON 95 dan RON 97 masing-masing naik 8 Sen seliter bagi tempoh 13 Jun hingga 19 Jun 2020.

RON 97 yang pada hari ini berharga RM1.78 seliter menjadi RM1.86 seliter dan RPN 95 dari RM1.48 seliter kepada RM1.56 seliter.

Manakala harga runcit diesel naik sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM1.63 kepada RM1.73 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menjelaskan kenaikan ini adalah dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses (refined product) yang semakin meningkat selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.” kata kenyataan itu.

Harga runcit petroleum yang baharu ini berdasarkan penetapan harga runcit secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).