Malaysia Dateline

RON95, RON97 harga kekal, diesel naik 2 sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 minggu ini kekal masing-masing pada harga RM2.30 dan RM2.58 seliter.

Harga diesel pula naik 2sen kepada RM2.25, iaitu harga asal selepas turun minggu lepas.

Harga terbaru itu diperkenalkan selepas penurunan kali pertama minggu lepas dalam tujuh minggu terakhir, dan akan mula berkuatkuasa selepas 12.01 malam ini.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.