Malaysia Dateline

RON97, RON95 naik 3 sen, diesel naik 4 sen

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik sebanyak 3 sen seliter manakala harga diesel pula naik sebanyak 4 sen seliter bagi tempoh 6 Februari sehingga 12 Februari 2021.

Kenaikkan harga runcit RON97 bermula esok ialah RM2.23 seliter yang mana minggu lepas dengan harga RM2.20 seliter.

Bagi RON95 pula dikenakan dengan harga baru iaitu RM1.93 seliter di mana harga minggu lepas ialah RM1.90 seliter.

Harga runcit diesel naik sebanyak 4 sen menjadikan harga baru iaitu sebanyak RM2.11 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleun ini dilakukan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah telah menetapkan harga siling RON95 pada RM2.08 seliter berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel pada harga RM2.18 seliter.