RoS batalkan MyPPP berkuatkuasa serta merta

RoS batalkan MyPPP berkuatkuasa serta merta

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran MyPPP yang dipimpin oleh bekas menteri, M Kayveas mulai hari ini.

Pembatalan itu dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim kepada parti dengan salinan kepada pemimpin-pemimpin parti yang bertelagah hari ini, melalui sepucuk surat.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan rayuan yang didapati “tidak menunjukkan sebab-sebab yang cukup di sebaliknya”.

“Maka oleh itu, diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibatalkan mulai tarikh perintah ini,” menurut salinan surat itu, lapor Malaysiakini.

Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, keputusan itu boleh dirayu dalam tempoh 30 hari.

Parti itu sebelum ini mengalami krisis kepimpinan apabila dua kem masing-masing mendakwa menerajui parti itu.

Presiden MyPPP Tan Sri Kayveas

Kayveas menarik diri dari PRK Cameron Highland dan mengumumkan sokongan kepada PH.

Kumpulan bekas menteri M Kayveas mengisytiharkan MyPPP sebagai bebas dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Kem bekas timbalan menteri Maglin D’ Cruz pula berkata MyPPP adalah parti mesra BN.

Loading...

Surat pembubaran parti itu dihantar kepada kedua-dua kem.

M Kayveas menarik diri dari menjadi calon pilihan raya kecil Cameron Highland dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Harapan semalam.