RoS luluskan pendafaran Pejuang

Oleh BORHAN AHMAD

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan pendaftarah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai parti politik yang sah, umum pengerusi penajanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kelulusan itu diberikan hari ini, katanya, dalam satu sidang media di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan pimpinan kanan Pejuang.

Pejuang ditubuhkan selepas Mahathir dan beberapa pimpinan kanan Bersatu keluar dari Bersatu.

Presiden Pejuang adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (MP Jerlun) manakala Setiausaha Agungnya adalah Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Pejuang didaftarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2020 selepas tujuh pengasasnya hadir ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengemukakan permohonan secara rasmi.

Namun, selepas hampir satu tahun baru diluluskan pendaftarannya hari ini.