RoS sembelih demokrasi bila bubar Bersatu, kata Rais Yatim

Penasihat Kebudayaan Malaysia, Tan Sri Rais Yatim (foto) berkata, Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak perlu ‘menyembelih demokrasi’ dengan menggantung sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Seksyen 14(5) tak perlu dijadikan pisau penyembelih demokrasi. Terasa sangat sesuatu yg tak kena,” kata Rais menerusi Twitter beliau “Rais Yatim”.

Bekas menteri kebinet itu juga mempertikaikan, apa perlunya RoS membuat sidang media tentang penggantungan sementara parti anggota Pakatan Harapan itu.

“Apa perlunya Pendaftar Pertubuhan buat sidang akhbar tentang penggantungan sementara PPBM di ambang PRU14?

“Bukankah lebih baik panggil saja Setiausaha PPBM dan beri nasihat?” kata beliau dalam kenyataan itu.

Rais mengulas tindakan RoS menggantung sementara pendaftaran Bersatu sehingga parti itu mengemukakan segala dokumen yang dikehendakinya.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS