Malaysia Dateline

ROS tolak pendaftaran Pejuang, Muda

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) semalam telah menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan juga Muda untuk didaftarkan.

Dilaporkan, ROS telah menghantar surat penolakan pendaftaran kepada kedua-dua parti itu lewat petang semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali seperti dilaporkan theedgemarkets, yang memaklumkan bahawa mereka menerima surat dari ROS pada pukul 5.45 petang semalam.

Pada Disember tahun lalu, Pejuang telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan ROS yang masih belum meluluskan pendaftaran parti itu.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi menerusi firma guaman Tetuan Haidir & Co dengan menamakan Ketua Pengarah ROS dan ROS sebagai responden pertama dan kedua.