Malaysia Dateline

Roscosmos sedia bantu hantar angkasawan as ke ISS

Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) bersedia membantu Amerika Syarikat (AS) andai ujian Washington ke atas kapal angkasanya masih ditunda, lapor agensi berita Sputnik, memetik ketua Roscosmos, Dmitry Rogozin pada Isnin.

“Kami bersetuju dengan cadangan NASA untuk menggunakan kapal angkasa AS dan Rusia pada masa depan…untuk menghantar krew ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS),” Rogozin menulis di Twitternya.

Menurut laporan media, NASA sedang mempertimbangkan kemungkinan menandatangani kontrak dengan Roscosmos mengenai penggunaan pesawat angkasa Soyuz Rusia untuk menghantar  dua angkasawan AS ke ISS pada 2019 dan 2020.

Ia dianggap sebagai pelan sandaran jika terdapat sebarang masalah dengan ujian SpaceX’s Dragon 2 dan Boeing’s Starliner.

— BERNAMA