Roslan Ismail dilantik ketua pemuda PH Kelantan

Roslan Ismail dilantik ketua pemuda PH Kelantan

Bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Bharu, Roslan Ismail dilantik mengetuai Pemuda Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Kelantan.

“Mesyuarat Pertama Pemuda Pakatan Harapan Kelantan sebentar tadi telah memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Pemuda Pakatan Harapan Kelantan dan memutuskan saudara Roslan Ismail sebagai ketua,” kata satu kenyataan yang ditandatangani ketua-ketua pemuda empat parti komponen PH petang semalam.

Menurut kenyataan itu, pemuda PH Kelantan menyambut baik keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk memutuskan sebarang perbincangan dengan Pas.

“Kami akan terus memperkukuh keutuhan dan kesepaduan antara Pemuda PH Kelantan dan berusaha sedaya upaya untuk menggembleng tenaga dalam usaha menumbangkan BN pada PRU 14 akan datang,” katanya.

{loadposition myposition} Menurutnya perlantikan jawatan-jawatan utama telah dibuat di mana Asran Alias sebagai timbalan ketua manakala Zulhazmi Hasan dan M. Khairul Amin Ab Rahman masing-masing naib ketua.

“Sementara itu ketua pemuda sosialis DAP (DAPSY), Chu Keh Ching diamanahkan sebagai setiausaha,” ujarnya.

Satu mesyuarat katanya akan diadakan dalam masa terdekat untuk melengkapkan organisasi.

“Mesyuarat ini juga akan menyusun gerak kerja pilihan raya yang akan digembeling serta merta,” katanya.

CATEGORIES
TAGS