Rosmah ada dua peluang untuk merayu

Oleh ARIF ATAN

Rosmah Mansor dituduh meminta – solicit- RM187.5 juta -menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor- sebagai upah kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar PhotoVoltaic (PV) Hibrid serta Penyelengaraan dan Operasi Genset/ Diesel bagi 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus dari KPM.

Kesalahan itu dikatakan dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putera Mall,Jalan Putera dan juga di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Putrajaya antara Januari 2016 hingga 7 September 2017.

Rosmah juga dituduh dengan dua pertuduhan yang lain iaitu menerima suapan daripada Saidi – Pengarah Urusan Jepak Holdings.

Dalam kes tersebut, Datuk Rizal Mansor dan mantan Menteri Pendidikan telah menjadi saksi pendakwa.

Saksi Pendakwa yang ke-16 memberitahu semasa pemeriksaan balas, fakta-fakta berikut:

Pertama, Saidii habaq kat dia yang Saidi ada bayar RM50,000 untuk penginapan para perwakilan Umno Padang Terap ketika depa hadiri Perhimpunan Agung Umno di KL.

Kedua, saksi juga setuju dengan cadangan peguambela Rosmah bahawa SU Umno Bahagian Pekan turut memainkan peranan penting bagi Jepak mendapatkan projek solar itu.

Rosmah dikenakan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan tapi ianya berjalan serentak dan hukuman denda RM 970 juta yang jika gagal dibayar akan kena tambah 10 tahun penjara.

Hukuman penjara dan denda digantung sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Perbicaraan Rosmah berlangsung selama 42 hari dengan pihak pendakwa telah memanggil 23 saksi dan Rosmah hanya memanggil dua saksi sahaja termasuk diri dia.

Kes mula dibicarakan pada 5/2/2020 dan pada 18/2/2021 Rosmah telah dipanggil membela diri.

Oleh sebab kes Rosmah bermula di Mahkamah Tinggi, dia ada peluang sebanyak dua kali untuk merayu iaitu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Baca juga ‘Stesen berikutnya… Sungai Buloh’, orang ramai tidak sabar lihat kesudahan Bossku

Baca juga Jangan halang anak muda ke konsert, tapi sediakan lebih banyak pilihan konsert yang bawa nilai positif