Rosmah hadir beri keterangan di SPRM hari ini

Rosmah hadir beri keterangan di SPRM hari ini

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Ini merupakan kemunculan pertama Rosmah di khalayak ramai selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), setelah SPRM mengarahkan beliau hadir hari ini.

Rosmah yang datang menaiki kenderaan Mercedez tiba pada kira-kira 10.43 pagi tanpa polis pengiring. Polis dilihat mengawal ketat perkarangan bangunan SPRM. Siasatan masih lagi berlansung sehingga kini.

Rosmah yang berpakaian baju kurung berbunga berwarna biru dan bertudung merah serta membawa beg berwarna merah ditemani  anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev serta 2 peguam, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Difahamkan, Rosmah akan memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu. Beliau turut melantik satu lagi pasukan peguam untuk membantunya dalam siasatan SPRM hari ini.

Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa kelihatan berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu.

Pada Jumaat lepas, SPRM telah mengeluarkan notis kepada Rosmah untuk memberi kenyataannya berkaitan siasatan SRC International.

Notis itu disampaikan oleh pegawai SPRM di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS