Malaysia Dateline

Rosmah, Najib hadir di mahkamah sebutan kes 1MDB,rasuah,pengubahan wang haram

Pengamal media mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi membuat liputan sebutan semula kes Datuk Seri Najib Tun Razak serta pendakwaan terhadap isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Semalam Suruhanjaya PencegahaLaporan Khasn Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan isteri bekas perdana menteri itu berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini dijangka menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.

Manakala Najib dijangka hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk sebutan kes salahguna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Semalam penahanan Rosmah itu dibuat hampir lima jam selepas beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan agensi terbabit mengenai skandal 1MDB.

Pada 24 September lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata agensi antirasuah itu sudah menamatkan siasatan ke atas Rosmah dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Untuk rekod pada minggu lalu Rosmah menghabiskan masa hampir 13 jam memberi keterangan di SPRM Putrajaya.