Malaysia Dateline

Permaisuri Swaziland dalam satu majlis rasmi

Rosmah raikan tiga permaisuri Swaziland

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meraikan tiga permaisuri Swaziland diketuai Permaisuri LaNgangaza pada majlis minum petang di Seri Perdana di Putrajaya.

Dua lagi permaisuri Swaziland berkenaan ialah Permaisuri LaMagongo dan Permaisuri LaNkambule.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan isteri ketua setiausaha negara Puan Sri Rohani Abdullah.

Hadir sama ialah anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Rosmah ialah Yang Dipertua Bakti.

Hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah Malaysia termasuk sate, sotong kangkung, kuih muih dan cendol.