Royalti lima peratus Sarawak, Sabah dari Akta Pembagunan Petroleum

Royalti lima peratus Sarawak, Sabah dari Akta Pembagunan Petroleum

Royalti minyak lima peratus untuk Sarawak dan Sabah adalah dari Akta Pembangunan Petroleum dan bukannya diambil dari Perlembagaan.

Menurut Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi yang merupakan pakar Undang-Undang dari Universiti Malaya, royalti minyak di Sarawak dan Sabah juga adalah menerusi Akta Perlombongan Petroleum dan ‘Assignment Deed’ di antara negeri-negeri ini dengan Petronas.

“Kerajaan Persekutuan ialah di bawah Perlembagaan. Oleh demikian minyak dan medan minyak berada dalam tangan persekutuan (Jadual 9, Senarai I, Para 8(j)).

“Maka dengan itu, Sabah dan Sarawak hanya berhak ke atas duti import dan duti eksais yang dikenakan ke atas produk petroleum (Jadual Ke-10, Bahagian V, Perenggan 1),” katanya semasa menyampaikan ceramah mengenai ‘Roh Perjanjian Malaysia 1963 Dalam Perlembagaan’ di Kuching semalam.

Justeru tambahnya, royalti sebanyak lima peratus bukanlah diambil daripada Perlembagaan.

“Minyak dan medan minyak adalah di bawah Senarai Perlembagaan Persekutuan dan bukan Senarai Perlembagaan Negeri.” jelas beliau.

Turut hadir ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima David Wong.