Royalti minyak Terengganu: MP Pas perlu lebih bijaksana, berhemah

Royalti minyak Terengganu: MP Pas perlu lebih bijaksana, berhemah

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu membidas kenyataan dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Terengganu Ahmad Amzad Hashim berkaitan dengan royalti minyak di negeri itu yang perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri yang kini diperintah oleh Pas.

Raja Kamarul Bahrin  Shah berkata, Sebagai seorang wakil rakyat peranan utama merekaialah untuk menjaga kebajikan dan membantu rakyat bukannya, mencari musuh kepada kerajaan
Persekutuan yang kini diperintha PH.

“Saya agak terkilan dengan kenyataan serta sikap seorang Ahli Parlimen muda Kuala Terengganu dari Kerajaan yang memerintah negeri Terengganu.

“Kenyataan tersebut agak tidak sopan serta kasar dan bersikap buruk sangka terhadap kerajaan Persekutuan yang belum pun sempat membentuk kabinet penuhnya.

“Dasar polisi pemberian “royalti” pun belum di tetapkan lagi. Adakah perlu kata-kata kasar menyamakan kerajaan pusat dengan penjajah kafir dan tuduhan broker sopan di bulan Ramadhan yang mulia ini berasaskan sangkaan semata-mata ? Menjaga kata-kata dan akhlak adalah penting dalam Islam terutamanya di bulan ramadhan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Ahmad Amzad yang menimbulkan rasa kurang senang pembangkang di Terengganu yang diwakili pimpinan Pakatan Harapan.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahmad Amzad yang dipetik berkata, Malaysia tidak perlu melantik wakil ‘ala resident British’ pada era penjajahan Inggeris atau orang tengah yang bertindak ‘ala broker’ bagi menguruskan wang royalti petroleum milik Terengganu.

Menurutnya sebarang pembentukan medium ketiga bagi menerima wang royalti berkenaan tanpa persetujuan kerajaan Terengganu adalah tidak sah dan melanggar perjanjian.

“Medium ketia hanya menjarakkan lagi hubungan kerja yang sepatutnya dieratkan antara Terengganu dan Persekutuan dalam konteks kita berkongsi negara yang sama selaras semangat persekutuan,” ujarnya dalam kenyataan yang disiarkan oleh Sinar Harian Edisi Timur hari ini.

Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu itu juga berkata, sepatutnya mana-mana wakil rakyat di negeri itu hendaklah banyak mencari kawan dan kurang membuat musuh supaya memudahkan tugas mereka sambil menunjukkan kematangan serta kebijaksanaan mereka.

“Dengan pendekatan itu lebih mudah mendapat hormat serta kerjasama pihak lain.

“Tambah lagi jika Terengganu berhajatkan kerjasama dan sesuatu dari kerajaan pusat, pendekatan yang lebih beradab perlu supaya tiada pihak di cerca untuk mengujudkan suasana yang lebih harmoni.

“Ini akhlak terpuji disarankan dalam Islam. Belum lagi mengadakan perjumpaan tapi sudah melontar tuduhan kesat,” ujarnya lagi.

Raja Bahrin yang tewas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu berkata, hari ini adalah masa semua pihak sama ada kerajaan pusat atau kerajaan negeri
memikirkan kepentingan rakyat.

“Saya yang mewakili Pakatan Harapan di Terengganu berharap akan ujud hubung baik untuk memudahkan komunikasi di antara kerajaan Negeri dan Pusat.

“Ini adalah untuk kebaikan rakyat umum dan menepati pendekatan RahmatanLilAlamin- rahmat untuk semua. Semua rakyat tidak kira fahaman politik secara inklusif, perlu pembelaan dan kebajikan mereka mesti di jaga sebaik baiknya,” ujarnya.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 5.5