Malaysia Dateline

RTM nafi larang mufti Kelantan bersiaran di Kelantanfm

Radio Televisyen Malaysian (RTM) menafikan dakwaan yang disiarkan di Utusan Malaysia Online semalam bahawa Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad merupakan antara penceramah yang dilarang untuk bersiaran di Kelantanfm.

RTM dalam kenyataan berkata pihak RTM tidak menggugurkan mana-mana pihak untuk bersiaran dalam slot petang radio tersebut.

“Penyataan mengenai Mufti Kelantan dan tujuh orang penceramah lain dilarang untuk bersiaran di Kelantanfm adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak RTM tidak pernah menyekat mana-mana penceramah asal dalam slot tersebut,” menurut kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Online hari ini dengan tajuk “RTM: Mufti Kelantan pula disekat”.

Artikel yang memetik sumber itu memaklumkan nama Mohamad Shukri termasuk dalam senarai tujuh penceramah di slot tersebut yang digugurkan dan sudah digantikan dengan senarai nama baharu.

Menurut artikel itu tindakan menggugurkan nama Mohamad Shukri dipercayai akibat kelantangan beliau menyuarakan pandangan ke­rana menegur setiap tindakan kerajaan yang bercanggah de­ngan norma agama.