Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
RTM padam poster Muhyiddin PM8, kata Shamsul Iskandar

RTM padam poster Muhyiddin PM8, kata Shamsul Iskandar

ARIF ATANMarch 1, 2020 8:09 am




Naib Presiden PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu media elektronik Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memadam poster pelantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Justeru, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya tersebut mengucapkan terima kasih kepada stesen penyiaran negara itu kerana berbuat demikian.

“Menerima maklumat poster Muhyiddin PM8 (Perdana Menteri kelapan) telah dipadam di media elektronik RTM. Terima kasih RTM,” katanya dalam ciapan di Twitter malam tadi.

Shamsul turut meninggalkan tanda pagar #TolakPengkhianat dan #MuhyiddinPendusta.

Pelantikan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Perdana Menteri kelapan ekoran Langkah Sheraton menubuhkan kerajaan gabungan baharu melalui pintu belakang.

Kerajaan baharu tanpa penyertaan AMANAH dan DAP yang masing-masing mempunyai 11 dan 42 kerusi Dewan Rakyat dilihat mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production