Mesti kebanyakan orang akan buang sahaja minyak yang sudah dipakai ke dalam singki atau terus sahaja ke longkang.
Tahu tak yang sebenarnya ada banyak pihak yang menawarkan khidmat untuk beli minyak masak terpakai, harganya juga bukan murah.
Menerusi TikTok @cmmister, lelaki tersebut berkongsi pendapatan yang diterima dengan menjual minyak masak terpakai.
“Kalau ada minyak masak terpakai, jangan membazir dengan buang ia. Cari orang nak beli, mereka tawar RM2.60 sekilo.
“Tadi kami jual 392 kilo minyak masak terpakai jadi hasilnya RM1,019. Kalau buang tak dapat satu sen pun,” ujarnya dalam video di TikTok.
Pada masa sama dia memaklumkan minyak terpakai yang dijual itu tidak akan menjadi minyak masak tapi ada kegunaan lain.
“Minyak ni akan diproses balik menjadi bahan biodisel untuk buat lilin atau sabun dan banyak lagi.
“Mereka tak akan jadikan ia meninyak makan tapi untuk kegunaan lain yang tidak melibatkan makanan,” ujarnya di ruangan komen.
Rata-rata netizen tidak menyangka jual minyak masak terpakai boleh menambah sumber pendapatan masing-masing.
“Tak boleh buang tu, jika ada aduan dekat Jabatan Alam Sekitar, habislah kena denda RM200,000
“Beli mnyak paket 1 kilogram baru RM2.50, jual balik kat sini untung 10 sen. Jual satu tan minyak paket untung RM1,000,” antara komen netizen.
Baca juga: Wanita bawa ‘lawat’ kedai runcit di Chicago, buktikan tak susah cari makanan Malaysia
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio