Ruginya kalau undi Pas

SIRI MENJAWAB FITNAH

Auta: Kita kena undi PAS sebab sebagai orang Islam kita ingin tegakkan agama Allah.

Fakta: Undi PAS rugi kerana ia memecahkan undi yang akhirnya mengekalkan BN dengan penyelewengan dan rasuahnya di Putrajaya.

Undi PAS merugikan. PAS akan kekal menjadi pemecah undi di kalangan pembangkang.

Walaupun boleh dikatakan “At least aku dah jalankan tanggungjawab aku untuk Islam.”, BN tetap menang. “Dah jalankan tanggungjawab” is meaningless. Tuhan beri akal untuk berfikir.

Jadi, berfikirlah dengan lebih jauh dan terbuka. Usah lihat apa yang akan berlaku esok hari sahaja. Tak guna menang di seluruh negeri anda jika BN tetap menang majoriti kerusi / undi dan membentuk kerajaan Persekutuan.

Pemecah undi. Anggap sahaja konsepnya seperti dibawah:

Pecahan undi untuk satu kawasan dengan 3 calon (PAS, BN dan PH)

15% undi PAS. 40% undi PH. 45% undi BN. Jadi Pembangkang 55%

Tapi siapa yang akan menang? BN menang walaupun 55% pengundi menolak BN. Ini dipanggil split voting di kalangan pembangkang. Ia memberi benefits kepada BN.

Kini PAS bertanding sendirian. Satu undi yang diberikan kepada PAS adalah satu undi kurang untuk menjatuhkan BN. Kenapa? Sebab sekarang ni, PAS tak akan menang (Non muslim tak akan undi PAS, jadi mustahil PAS akan menang).

Satu-satunya parti yang boleh menang adalah PH. Jadi, semakin kuat PAS, semakin kuatlah pemecah undi dikalangan pembangkang. Semakin kuatnya pemecah undi, semakin mudahlah BN untuk menang.

Sehubungan dengan itu, PH mendapat dokongan ramai ulama’ dan ilmuan Islam. Ini kerana Islam bukan hanya berkisar dan berputar di sekitar hukum hudud dan mahkamah syariah.

Urustadbir yang baik, ekonomi yang kukuh, penjagaan alam sekitar, keharmonian hidup bermasyarakat, dan keadilan ke atas setiap warga negara juga merupakan tuntutan islam yang perlu dipenuhi oleh parti pemerintah.

Maqasid syariah mensasarkan perlindungan ke atas lima teras seorang manusia dan ini hanya dapat dicapaidengan perlaksanaan Islam secara holistik seperti yang dibawa oleh PH, bukan sekadar slogan dan retorik#.