Ruhainies akhirnya buka mulut kenapa tak minta maaf kepada Bella lepas kantoi tangkap khalwat

Oleh KIM SYAZIE

Artis kontroversi, Ruhainies akhirnya tampil menjawab asakan ramai mengapa dia tidak menghubungi dan meminta maaf kepada Bella sejurus selepas dia ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Memetik temu bual Melodi, pelakon berusia 32 tahun itu berkata, dia ada menghubungi Bella selepas beberapa hari insiden ditangkap khalwat bersama suami rakannya itu.

Namun dia memahami keadaan Bella yang sedang dalam emosi dan pada masa sama Ruhainies juga berada dalam keadaan trauma kerana pertama kali berdepan kejadian seperti itu.

“Masa situasi tu berlaku, saya masih dalam keadaan terkejut sebab itu pertama kali terjadi dalam hidup saya.

“Itu titik hitam yang saya tak akan lupa sampai bila-bila, saya jadi trauma.

“Beberapa hari kemudian, saya ada hubungi Bella tapi tak berjaya. 

“Saya tak nak mendesak sebab saya faham situasi itu. Saya pun ada call tapi Bella tak jawab. Masing-masing dalam keadaan emosi,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies memberitahu meskipun dia memiliki bukti tetapi dia sama sekali tidak akan berkongsikan perkara itu di media sosial kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan.

“Apa-apa bukti yang saya ada, saya tak akan post di mana-mana sebab kalau tak, tidak akan ada pengakhiran. Saya tahu bagaimana perasaan bila diaibkan,” tambahnya lagi.

Dalam kesempatan itu, Ruhainies memohon maaf kepada Bella dan semua pihak yang terlibat.

“Saya harap semua pihak boleh maafkan saya dan mulakan hidup baru. Saya nak semuanya berakhir. 

“Saya betul-betul minta maaf. Saya nak berdamai. Saya nak semua pihak bersatu semula, saya tahu ianya susah untuk Bella terima,” ujarnya.

Baca juga: Baru tahu ada cara kesan kereta rosak, ini 9 tips kalau nak beli kenderaan terpakai