Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rujuk KDN isu rundingan ambil 100,000 pengawal Pakistan

Rujuk KDN isu rundingan ambil 100,000 pengawal Pakistan

MALAYSIADATELINEFebruary 11, 2020 11:14 am




Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran meminta media merujuk Kementerian Dalam Negeri berhubung rundingan antara Malaysia dan Pakistan mengenai pengambilan antara 100,000 hingga 150,000 pengawal keselamatan, seperti yang dilaporkan media negara itu.

Beliau meminta media mengesahkannya dengan Kementerian Dalam Negeri memandangkan ia berkenaan pekerja berkaitan keselamatan.

“Kalau mereka mohon pekerja kita proses tetapi nak angka perlu pergi dan keputusan sebagainya dibuat oleh KDN,” katanya ketika ditemui di program bersama pelanggan di Kementerian Sumber Manusia seperti dipetik laporan FMT hari ini.

Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini berkongsi laporan akhbar Pakistan, The Nation pada 3 Feb lalu melaporkan Malaysia sedang berunding dengan Pakistan untuk mengambil pengawal keselamatan selepas ia menghentikan pengambilan dari negara lain.

 Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Amna Baloch dipetik sebagai berkata rundingan awal antara kedua-dua negara dilaporkan di peringkat tertentu, manakala modaliti untuk merasmikan proses pengambilan sedang diusahakan.

“Telah dipersetujui oleh pimpinan tertinggi kedua negara. Perjanjian ditandatangan masa perdana menteri Pakistan lawat Malaysia minggu lepas,” kata Najib di Facebook, merujuk kepada lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Imran Khan pada 3 Feb lepas.

Sementara itu, Kula menafikan dakwaan mengatakan rakyat tempatan tiada peluang pekerjaan.

Beliau berkata setakat ini sudah ada 700,000 peluang pekerjaan di seluruh negara.

“Bukan sahaja pekerjaan bawahan tetapi ada kerja seperti pengurus, penolong pengurus, peguam dan akauntan.

“Nasihat, masyarakat di Malaysia sesiapa ingin kerja, tolong pergi ke protal Jobs Malaysia. Di sana akan beri lalaun dan beritahu tempat,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production