Malaysia Dateline

Rumah dah runtuh, tapi warga emas ini boleh lagi merokok macam tak ada apa-apa berlaku

Baru-baru ini tular satu video di Indonesia menunjukkan rumah seorang lelaki warga emas runtuh akibat dihempap sebatang pokok besar.

Biasanya, orang akan panik apabila rumah mereka runtuh, apatah lagi berpunca daripada bencana alam.

Tapi lain pula ‘sikap’ seorang pakcik dari daerah Tallo, Kota Makassar yang dikenali sebagai Daeng Gewa itu.

Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menimpa rumah penduduk termasuk rumah Daeng.

Penduduk yang panik segera, berkumpul di rumah Daeng untuk menyelamatkannya yang tersepit di sebalik runtuhan.

Apa yang menghairkan, lelaki berusia 80 tahun itu dilihat ‘tenang’ merokok sambil badannya berbaring di bawah pokok tumbang dan sebilangan pasukan kecemasan berusaha mengalihkan pokok di situ.

Dengan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda panik, dia yang berbaring membelakangi penduduk terus menghabiskan rokoknya.

Ketua Bahagian Penyelamat Balai Bomba Makassar, Safari Abustam berkata, Daeng mengalami beberapa kecederaan seperti luka di betis kanan dan dia dipindahkan ke hospital untuk dirawat.

Menurut Safari, ketika kejadian Daeng sedang berusaha menenangkan dirinya dengan merokok.

Baca Juga: Zakat Selangor kesal, dah bagi rumah sewa percuma pada asnaf tapi ditinggalkan dalam keadaan kotor