Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rumah hangus dijilat api, warga emas terima bantuan AMANAH Kota Marudu

Rumah hangus dijilat api, warga emas terima bantuan AMANAH Kota Marudu

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONFebruary 2, 2020 1:23 pm




Hj Abdul Kahar menyerahkan sumbangan wang tunai kepada warga emas, mangsa rumah terbakar.

Seorang warga emas berusia 80 tahun yang terlibat dalam nahas kebakaran menerima sumbangan awal daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Kota Marudu, hari ini

Nahas kebakaran yang berlaku pada 31 Januari lalu, memusnahkan sebuah rumah di Kampung Timbang Batu, milik Lonsungui Limon yang difahamkan tinggal bersendirian.

Sumbangan diberikan berupa barangan makanan dan wang ringgit yang diserahkan oleh Pengerusi AMANAH Kota Marudu, Abdul Kahar.

Keadaan rumah warga emas yang terbakar.

“Sejurus selepas mengetahui insiden ini daripada Ketua Cawangan Timbang Batu, kami terus ke sini untuk menyampaikan bantuan awal,” katanya pagi ini.

Abdul Kahar yang juga bekas Pengarah Dakwah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), menyatakan AMANAH Kota Marudu komited dalam menjalankan tanggungjawab kebajikan kepada masyarakat di kawasan tersebut.

“Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kami di AMANAH Kota Marudu membantu masyarakat di sini.

“Sebelum ini pelbagai sumbangan dan perkhidmatan telah kami berikan bagi membantu masyarakat Kota Marudu dan kami akan terus komited membantu mereka yang dalam kesusahan,” ujarnya.

Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada gas memasak didapur yang meletup secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production