Malaysia Dateline

Rumah Ilmu Kadun medium sebar ilmu penduduk setempat

Kewujudan Rumah Ilmu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Air Tawar, Tasek Gelugor, mampu memberi manfaat yang besar kepada seluruh penduduk yang ada dalam kawasan Dun tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Adunnya, Mustafa Kamal Ahmad ketika ditemui semasa majlis pelancaran Rumah Ilmu bagi Kadun Teluk Air Tawar kelmarin.

Jelasnya dengan kewujudan Rumah Ilmu tersebut ia dapat memberi banyak pendedahan dan pengetahuan kepada semua golongan masyarakat.

“Terdapat pelbagai pengisian yang disediakan bagi pelajar maupun remaja dan wanita di Rumah Ilmu.

“Aktiviti seperti robotik amat menarik perhatian kerana kelas akan diadakan bagi mendedahkan mengenai keperluan robotik dan kecanggihannya kepada penduduk setempat khuausnya para pelajar.

“Selain itu aktiviti seperti membuart kraftangan dapat memberi pendedahan yang luas serta dapat dimanfaatkan oleh golongan remaja maupun wanita termasuk ibu tunggal bagi mendapat ilmu pengetahuan dan juga menambah pendapatan, ” tegasnya.

Kelas mewarna turut diwujudkan bagi mengisi masa lapang pelajar setempat.

Menurut beliau lagi turut diadakan ialah kelas-kelas tuisyen serta ruangan internet yang boleh diakses oleh para pelajar di Rumah Ilmu tersebut.

Disamping itu tambahnya, Rumah Ilmu yang diwujudkan kini adalah bekas premis Pusat Khidmat Adun Teluk Air Tawar terdahulu semasa zaman BN dan dimanfaatkan secara total untuk kegunaan orang ramai bagi menimba pelbagai ilmu pengerahuan yang baru.

Kata Mustafa Kamal lagi, pelbagai kemudahan asas akan ditingkatkan termasuk usaha bagi mewujudkan pelbagai institusi melibatkan kesihatan, perbankan dan juga pos bagi kawasan Dun Teluk Air Tawar tidak lama lagi.

Turut hadir ialah Menteri KPDNKK, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Timbalan Ketua AWAN Pulau Pinang, Aida Yusof Rawa dan pimpinan masyarakat setempat,

Kelas kraftangan juga diadakan di Rumah Ilmu Kadun.