Malaysia Dateline

Rumah kedai di Kampung Baru Karak terbakar

Kebakaran besar berlaku di Kampung Baru Karak 9.30 malam ini yang berlanjutan sehingga beberap jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman memuat-naik gambar kebakaran di Twitter malam ini.

“Kg Baru Karak masih terbakar sejak tadi. Dua lorong rumah sudah terbakar. Semoga tiada kemalangan jiwa,” katanya.

Jurucakap Bomba Bentong mengatakan anggota mereka masih cuba memadam kebakaran dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian.

Kira-kira 150 individu dikatakan terbabit dalam kebakaran berkenaan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.