Rumah mampu milik: Bajet 2018 gagal capai janji sedia 1.1 juta rumah

Rumah mampu milik: Bajet 2018 gagal capai janji sedia 1.1 juta rumah

Barisan Nasional (BN) perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal untuk mencapai janji yang telah dibuat sebelum ini berkaitan dengan perumahan mampu milik untuk rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, beliau pernah mengemukakan peprsoalan kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkenaan kedudukan terkini penyediaan 1.1 Juta unit rumah mampu milik yang mana telah dijanjikan oleh kerajaan BN swaktu Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

“Kronologi janji ‘dicapati’ ini bermula dengan 1 juta unit rumah mampu milik dan diikuti dengan pertambahan 100 ribu lagi unit rumah mampu milik dengan menjadikan 1.1 juta unit rumah yang telah dijanjikan.

“Seperti ramai yang maklum, kekurangan unit rumah mampu milik di pasaran Malaysia menyebabkan implikasi buruk kepada rakyat, antaranya kenaikan harga rumah yang mendadak, makin ramai yang tidak mampu memiliki rumah, peningkatan hutang isi rumah bagi golongan pertengahan M40 dan bakal menjadikan generasi akan datang yang homeless.

Katanya lagi, daripada Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016, dianggarkan Malaysia sejak 2015 kekurangan 960,000 unit rumah mampu milik bagi melengkapi permintaan rakyat pertengahan berdasarkan jumlah isi rumah.

Khazanah Research Institut mendedahkan bahawa nilai hartanah di Malaysia masih lagi dimonopoli oleh rumah tidak mampu milik melebih RM300,000 dan ke atas.

Justeru katanya lagi, realiti pendapatan purata rakyat Malaysia masih lagi 50% adalah berpendapatan RM2000 dan kebawah menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, manakala 75% pasaran perumahan dimonopoli rumah tidak mampu milik berharga RM300,000 dan ke atas menurut laporan tahunan suku ke 2 REHDA.

“Ini jelas, realiti perumahan negara berlawanan dengan realiti pendapatan rakyat Malaysia.

“Apabila janji 1.1 juta yang telah ditaburkan gagal mencapai sasaran, ini mengusarkan lagi keadaan yang berlaku dalam kelembapan penawaran perumahan mampu milik.

“Statistik terkini yang telah dibentangkan di parlimen, perkembangan pembinaan rumah mampu milik di Malaysia adalah sangat membimbangkan.

“Setakat ini 241, 575 unit rumah mampu milik telah dibina atau bersamaan 21.3% daripada sasaran. Manakala 634, 235 unit rumah mampu milik atau 57% sedang dibina dan bakinya 22 peratus masih dalam perancangan.

“Dengan hanya berbaki kurang 10 bulan, suatu yang mustahil untuk kerajaan menepati janji 1.1 juta rumah mampu milik, ini kerana hanya 21% yang telah tercapai.

“Walaupun ada yang sedang dibangunkan, target tersebut masih lagi tersasar sebanyak 22%,” ujarnya.

Beliau berkata, prestasi PR1MA (Perumahanan Rakyat 1Malaysia) juga menunjukkan kegagalan yang sama, ujarnya lagi, PR1MA seharusnya membina 500,000 unit rumah mampu milik menjelang 2018 sebelum pilihanraya ke-14 menjelang.

“Setakat ini, rumah mampu milik yang telah dibina adalah 9,791 unit rumah bersmaan 1.9% sahaja daripada sasaran asal, masih berbaki 277, 693 unit,” ujarnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS