Rumah mampu milik retorik kerajaan BN Johor

Rumah mampu milik retorik kerajaan BN Johor

Dzulkefly Ahmad

Dzulkefly Ahmad

Manifesto BN Johor yang meletakkan sasaran 100,000 unit rumah bagi Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dilihat sebagai retorik oleh Pakatan Harapan (PH) Johor.

Timbalan Pengerusi Biro Tawaran dan Dasar PH Johor, Dzulkfely Ahmad berkata, perkara yang dicanangkan oleh BN Johor melalui Pengerusi BN Johor Datuk Seri Khalid Nordin adalah mustahil untuk dilaksanakan

“Sebelum ini Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Khalid Nordin menyasarkan pembinaan RMMJ sebanyak 60,000 unit dalam masa 6 tahun (2014-2020).

“Namun sehingga Oktober 2017, RMMJ yang dibina hanya sekitar 16,010 yakni hanya 27 peratus dari sasaran sebenar.

“Dalam masa tiga tahun, BN Johor tidak mampu mencapai sasaran yang dikatakan mereka. Puratanya pimpinan BN Johor hanya mampu menyiapkan 5,337 unit RMMJ sahaja dalam masa setahun.

“Dalam keadaan ini saya yakin, BN Johor akan gagal menyiapkan baki dari 60,000 unit RMMJ dalam masa yang tidak sampai dua tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Dzulkefly juga mendedahkan seramai 106,649 rakyat Johor yang telah memohon untuk memiliki RMMJ namun apa yang berlaku hanya ada 16,010 unit rumah sahaja yang telah disiapkan.

“BN Johor tidak berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran yang dikatakan oleh mereka.

“Apa yang dikatakan mereka dalam manifesto mereka hanyalah suatu retorik untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka ingin berjanji dalam menyelesaikan masalah RMMJ ini namun pada hakikatnya ianya tak berlaku,” ujarnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 6.5
CATEGORIES
TAGS