Rumah Pesuruhjaya Pas Sarawak musnah terbakar

Rumah Haji Jofri di Miri musnah terbakar pagi ini.

 

Rumah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Jofri Jaraiee di Miri Sarawak musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini.

Menurut AJK Pas Pusat dari Sarawak, Muhtar Suhaili, rumah Jofri Jaraiee di Kampung Luak, Miri musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

“Alhamdulillah, seluruh keluarga selamat namun rumah 100% dan sebahagian kenderaan terbakar!” kata Muhtar dalam posting di Facebook beliau.

Jofri dalam kereta bomba selepas selamat dari kebakaran.

Haji Jofri yang dilantik sebagai pesuruhjaya PAS September 2015 lalu selepas muktamar Pas tahun tersebut.

Jofri, merupakan seorang petugas PAS sepenuh masa setelah meletakkan jawatannya dari sebuah syarikat oil and gas beberapa tahun lalu.

Beliau bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya negeri Sarawak 2016 lalu di kerusi negeri Pujut tetapi kalah.

Dalam PRN itu, Jofri tewas di tangan calon DAP, Dr Ting Tiong Chun yang menang dengan majoriti 1759.

Turut tewas adalah calon BN dan calon Bebas.