Malaysia Dateline

Rumah rakit berjaya diapung selamatkan harta benda dan anak-anak

Ramai yang membuat telahan bahawa bagi menyediakan rumah rakit perlukan banyak tong dram dan plastik biru bahkan mungkin ramai yang mengetawakan gelagat warga emas, A Bakar Che Ahmad.

Apatah lagi rumah rakit yang dibina beliau berbekalkan 69 biji tong plastik dan 54 keping papan ‘fascia’ ternyata menjadi realiti.

Ia mampu mengapungkan sebuah rumah bersaiz 70 kaki per segi setinggi 19 kaki daripada dilanda banjir besar di Kampung Terbak Batu 16, Chukai, Terengganu.

Bekas pembuat alatan tajam, A Bakar yang lebih dikenali sebagai Pokwe, 67, berkata hasil sentuhan kreatif seni bina rumah terapung diinspirasikan daripada ‘reban ayam terapung’ yang dibinanya pada tahun 2019.

Pokwe berkata ini merupakan kali pertama kediaman yang dinamakan ‘Rumahku, Rakitku’ itu berjaya selamatkan beliau sekeluarga sekaligus rumah itu dapat diapungkan sejak ia siap dibina pada 16 September lalu.

Pengguna Facebook Nizam Ahmad berasa sangsi dengan masyarakat sekeliling yang akan mengetawakan beliau kerana mengangkut tong dram plastik biru kerana bukan musim banjir.

“Mesti orang gelakkan angkut tong dram biru bahkan bukan musim banjir tapi…

Simple solution for flood problem. And it works! Kalau tengokk, rumah sebelah dia air paras bumbung tu.

“Untuk rumah kampung atau pinggir sungai, kawasan banjir ok. Di bandar dan sub bandar macam tak kena pula.

“Cumanya, kos buat rumah kayusaya rasa tak murah.

“Rumah batu saya tak rasa boleh nak buat, sebab berat sangat, tak boleh terapung selain fixed ke tanah untuk footing piling melainkan kalau ada material lain,” komennya lagi.

Seorang lagi Normala Abd Rahman turut memuji kreativiti A Bakar menggunakan tulang empat keratnya bagi memudahkan usaha menyelamatkan harta benda dan anak-anaknya.

“Alhamdulillah. Selain tengok ada orang kampung buat penempatan sementara atas bukit.

“Pakcik ni paling win. Kreatif… dan dapat menyelamatkan harta dan anak-anaknya.

“Selain bekalan makanan dah sediakan awal-awal. Memang terbaik. Cayalah,” pujinya pula.

Baca juga: Mahiaddin dah terima writ saman Anwar