Rumah Sajat kini dilelong RM4.68 juta, jatuh 50 peratus dari harga asal RM9.5 juta

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pada tahun 2022 lalu, hasrat Nur Sajat tau lebih dikenali sebagai Sajat untuk
menjual banglonya dengan harga RM9.5 juta sehingga kini masih belum ada pembeli,
akhirnya Sajat mahu melelong dengan harga RM7 juta.

Beliau telah menyiarkan poster dengan tawaran harga banglo yang terletak di
Kota Damansara pada harga RM7 juta dimana ia dikurangkan sebanyak RM2.5 juta
daripada RM9.5 juta, namun orang ramai masih tidak berminat.

Hari ini, seorang ejen hartanah memaparkan iklan yang sama di dinding
facebooknya yang menulis:

“Rumah nur sajat untuk dilelong RM4.68 juta, selepas migrate ke Australia
nur sajat nak jual rumah ni rm9juta, sekarang rumah ini dilelong bank
rm4.68juta sahaja.”

Banglo 2 tingkat yang beralamat di SELANGOR POLO & COUNTRY CLUB SEKSYEN
10 Petaling jay itu mempunyai saiz tanah 11,093 sf dengan 6 bilik tidur dan 7
bilik air.

Pada Februari 2022 lalu, usahawan kontroversi, Muhammad Sajjat Kamaruz Zaman
itu memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di
Australia.

Sajat telah membeli banglo milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri
Kamaruddin dengan harga RM7.5juta pada tahun 2017.

Baca:Warga Bangladesh bekerjasama anjur iftar ala Dhaka di masjid, sanggup guna dana sendiri untuk jamu orang ramai