Seorang wanita berang apabila cermin keretanya retak teruk apabila dicampak plastik sampah dari sebuah unit kondominium, semalam.
Untungnya wanita itu memasang video kamera papan pemuka yang merakam dengan jelas kejadian itu namun ianya hanya dirakam dari sudut bawah sahaja.
Menerusi video tersebut, plastik yang berisi ais batu itu dilempar dari tingkat atas kearah keretanya yang berdekatan dengan tong sampah.
Difahamkan, ketika kejadian di Kepong itu berlaku, wanita itu sedang berada di dalam kereta dan untungnya dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sejurus memastikan keadaan selamat, dia keluar dari kenderaan untuk memeriksa kandungan plastik yang dilempar itu.
Sudah jatuh ditimpa tangga, wanita itu kecewa dengan tindakan pihak pengurusan kondominium yang enggan memberi kerjasama.
“Duduk rumah tinggi tu tolonglah jaga sikap, tukar mentaliti. Jangan aniaya dan menyusahkan orang begini. Saya telah buat laporan polis dan laporan pada pihak pengurusan.
“Namun terkilan dengan cara pihak pengurusan yang tidak mahu ambil tahu tentang kes ini,” luahnya di akaun media sosial TikTok, @nnisa.kaya.
Umum mengetahui, tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu mengundang pelbagai masalah dan boleh mencederakan orang awam yang tidak bersalah.
Oleh yang demikian, pihak berkuasa seharusnya mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang telah lama mendarah daging di Malaysia itu.
Baca juga: Rumah tinggi tapi mentaliti rendah, wanita berang cermin kereta pecah dilempar ais batu