Rumah, tingkat ekonomi rakyat sasaran segera PH Kelantan

Rumah, tingkat ekonomi rakyat sasaran segera PH Kelantan

Mohd Azmi Muhammad Nor (kanan) menerima kunci rumah ehsan daripada Datuk Husam Musa

Memastikan rakyat mendapat tempat tinggal yang wajar dan meningkatkan keupayaan mata pencarian mereka akan menjadi sararan segera apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Kelantan.

“Rumah sebagai asas kehidupan berkeluarga perlu diberi perhatian terpenting dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” kata Pengerusi PH Kelantan Datuk Husam Musa dalam ucapan di majlis penyerahan kunci rumah ehsan di kampung Pak Jah Tumpat, kelmarin.

Beliau yang teruja dengan perkampungan tepi sungai di situ berkata sepatutnya kawasan berkenaan dimajukan dengan perancangan pelancongan.

“Kawasan seperti ini sama sahaja dengan pusat-pusat tarikan pelancong antarabangsa di Kemboja dan Vietnam.

“Keadaan semulajadi yang indah dengan anak-anak sungai dan tumbuhan segar di tebing seperti ini memang amat popular sekarang,” katanya.

Apa yang penting katanya, pihak kerajaan membuat perancangan supaya prasarana pelancongan diwujudkan untuk membolehkan masyarakat tempatan mengambil bahagian.

“Jika aset berharga pemberian Allah ini dirancang dengan baik tentulah ia boleh menjadi sumber pendapatan kepada rakyat tempatan.

“Dengan pembangunan berasaskan aset lokal seperti inilah masyarakat setempat dapat menambatkan pendapatan dan menambahkan peluang kerja,” katanya.

Datuk Husam turut bertandang ke rumah Asnaf selepas majlis penyerahan kunci

Husam turut bertandang ke rumah Asnaf selepas majlis penyerahan kunci

Yakin gelombang baru

Beliau yakin dengan gelombang baru yang menyeluruh di seluruh negara, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumbang dan digantikan dengan PH dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

{loadposition myposition}

“PH sudah bertegas akan memansuhkan GST jika menang, saya tak fikir ada lagi orang nak sokong lagi kerajaan GST ini,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd Azmi Muhammad Nor menerima rumah ehsan yang diusahakan Jawatankuasa Dun (JDUN) Amanah Kelaboran.

Nik Faizah OthmanPengerusi JDUN itu, Faizah Othman yang ditemui selepas majlis penyerahan itu berkata pihaknya telah berusaha mendapat sumbangan orang ramai apabila mendapat maklumat keluarga Azmi yang tinggal dalam sebiah bangsal kecil tanpa billik dan tandas.

“Alhamdulillah kami telah berjaya mengumpul hampir RM20 ribu dan membeli perkakas untuk pembinaan.

“Mohd Azmi adalah buruh binaan dan beliau menyiapkan sendiri rumah ehsan ini,” katanya.