Rundingan kerusi Selangor selesai, tiada kerusi bertindih di kalangan PH

Khalid dalam ceramah PH di Shah Alam malam tadi.

Rundingan kerusi bagi negeri Selangor selesai semalam, kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

Persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara beliau, Datuk Seri Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) dan Gobind Singh Deo (DAP) semalam.

“Kami semua telah tandatangan persetujuan ini dan tidak akan ada pertindihan antara kerusi-kerusi di kalangan PH.

“Kita akan hadapi Umno dan Pas. Walaupun tiga penjuru, Insya Allah dengan sokongan rakyat kita akan menang,” kata Khalid, penyandang kerusi parlimen Shah Alam itu dalam ceramah PH di Shah Alam malam tadi.

Ribuan penduduk Shah Alam menyertai majlis itu walaupun tidak ada tokoh besar PH yang menyertai majlis itu.

Kerusi yang disediakan penuh sesak dan ramai penyokong terpaksa berdiri bagi mengikuti ceramah itu.

Dalam majlis malam tadi, Datuk Husam Musa melancarkan Facebook “Shah Alam Wilayah Harapan” yang menjadi sumber maklumat untuk pengundi Shah Alam.

Orang ramai yang memenuhi majlis ceram,ah PH malam tadi.

 

Ketika ditemui wartawan selepas itu, Khalid memaklumkan AMANAH akan mendapat 10 kerusi negeri dalam persetujuan itu.

Menurut sumber, antara kerusi yang diperolehi AMANAH adalah Seri Serdang, kerusi yang dimenangi Pas dalam PRU 13 lalu dan menjadi rebutan pelbagai parti dalam PRU 14 ini.

Husam melancarkan FB ‘Shah Alam Wilayah Harapan’ yang menjadi sumber berita untuk pengundi Shah Alam.

Dalam ceramah itu, kata Khalid, kerusi Parlimen Shah Alam telah menjadi kerusi 77% majoriti Melayu.

“Najib buat berdasarkan sentimen 2013. Sentimen 2018 dah berubah tuan-puan. Dia buat dengan anggapan orang Melayu bersama mereka.

“Tetapi realiti 2018 dah berubah, dengan kehadiran Tun Dr Mahathir dan parti Bersatu. Sebab itu dia batalkan Parti Bersatu, kerana takut,” kata Khalid.

Kerana takut jugalah, maka hati mengundi ditetapkan hari Rabu, hari pertengahan minggu, hari bekerja.

“Padahal mengundi ini sangat penting,” kata Khalid.

Dalam ceramah malam tadi juga, Khalid berkata, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) semalam telah menegaskan akan terus menggunakan logo PKR walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menjawab surat mereka.

“Penegasan ini kita buat sebagai tanda kita bersatu hati,” kata Khalid itu.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS