Kerajaan Keluarga Malaysia dilihat lebih menitikberatkan soal pelantikan penasihat khas perdana menteri daripada mendengar rungutan rakyat.
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelantikan demi pelantikan berlaku tetapi isu rakyat yang dibangkitan berhubung kenaikan harga barang upama mencurah air ke daun keladi.
Belum reda dengan isu pelantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Agama), terbaru rakyat Malaysia bakal menerima Penasihat Kesihatan dalam masa terdekat.
“Rungutan rakyat seolah-olah tidak didengari oleh kerajaan dan Perdana Menteri yang baharu ini.
“Amat malang buat rakyat yang kini dibawah pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia (Kerajaan BN).
“Tak cukup lagi dengan menteri-menteri sedia ada yang dilantik, dilantik lagi penasihat-penasihat peribadi.
“Sudah ada Menteri Agama, dilantik lagi Penasihat Agama, dah ada Menteri Kesihatan dilantik lagi Penasihat Kesihatan,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri telah melantik dua penasihat dalam sektor Undang-undang dan Hak Asasi Manusia dan Agama. Anggaran kos bulanan keseluruhan bagi setiap satu pejabat Penasihat Khas yang telah dilantik termasuk kos pegawai-pegawai di pejabat tersebut adalah sebanyak RM50,000.
Antara barang yang harga naik berganda-ganda ialah sayuran dikatakan naik hingga 200 peratus, ayam, telur dan banyak lagi.
Kononya bagi menstabilkan harga ayam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pula megarahkan agar ayam import dibawa masuk ke negara, namun ada sesetengah pihak menyifatkan tindakan ini akan membuatkan peniaga kecil-kecilan akan rugi.
Bagi membela nasib rakyat AMANAH telah mengadakan ‘Flash Mob’ terhadap kenaikan harga barang ini di seluruh negara serta penghantaran memorandum kepada KPDNHEP baru-baru ini.